Selamat Menonton Koleksi Rancangan Blog RTM


Salam sejahtera sahabat bloggers dan pengunjung yang dihormati sekalian,

Di ruangan blog ini, saya mengumpul dan menghimpunkan koleksi rancangan Blog RTM bermula dari Siri 1, pada 20 April 2008 lalu untuk dijadikan sebagai rujukan bermanfaat kepada semua yang tertinggal siaran langsung berkenaan. Bahan rujukan ini telah mula dikumpulkan sejak sehari dua yang lalu namun akan cuba dimuatkan segala siri-siri mutakhir seterusnya andaikata tiada sebarang halangan. Blog ini baru mula disiarkan kepada umum pada tarikh 4 Ogos 2008 untuk dijadikan tatapan umum.

Saya akan cuba sedaya-upaya mengemaskini dan memantau blog ini dari semasa ke semasa. Semoga anda dapat membuat rujukan dan menonton siri-siri rancangan Blog RTM di sini sebagai satu kemudahan setempat.

Apa pun siaran ini tetap bergantung kepada "server RTM". Andaikata siarannya terus ada ataupun tiada, ia adalah tanggungjawab serta hak mutlak pihak RTM kerana saya sekadar menyediakannya sebagai satu kemudahan rujukan untuk semua. Akhirkata terima kasih kepada pihak RTM.

Sekian, dimaklumkan. Selamat menonton!


Disediakan oleh: PEMUDA PELAPIS


Tuesday, October 7, 2008

Blog Siri 15 - 28 September 2008


Bersama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil Saifulislam

No comments: