Selamat Menonton Koleksi Rancangan Blog RTM


Salam sejahtera sahabat bloggers dan pengunjung yang dihormati sekalian,

Di ruangan blog ini, saya mengumpul dan menghimpunkan koleksi rancangan Blog RTM bermula dari Siri 1, pada 20 April 2008 lalu untuk dijadikan sebagai rujukan bermanfaat kepada semua yang tertinggal siaran langsung berkenaan. Bahan rujukan ini telah mula dikumpulkan sejak sehari dua yang lalu namun akan cuba dimuatkan segala siri-siri mutakhir seterusnya andaikata tiada sebarang halangan. Blog ini baru mula disiarkan kepada umum pada tarikh 4 Ogos 2008 untuk dijadikan tatapan umum.

Saya akan cuba sedaya-upaya mengemaskini dan memantau blog ini dari semasa ke semasa. Semoga anda dapat membuat rujukan dan menonton siri-siri rancangan Blog RTM di sini sebagai satu kemudahan setempat.

Apa pun siaran ini tetap bergantung kepada "server RTM". Andaikata siarannya terus ada ataupun tiada, ia adalah tanggungjawab serta hak mutlak pihak RTM kerana saya sekadar menyediakannya sebagai satu kemudahan rujukan untuk semua. Akhirkata terima kasih kepada pihak RTM.

Sekian, dimaklumkan. Selamat menonton!


Disediakan oleh: PEMUDA PELAPIS


Wednesday, September 10, 2008

Blog Siri 12 - 7 September 2008


Bersama Zainol Abideen

2 comments:

Anonymous said...

kasihan RTM... tuan hashim ini banyak bertanya soalan yang tidak lah pokok... namun alhamdulillah ada juga ruang untuk blogger menampilkan pemberitaan yang dibuat blogger...

nada tuan hashim, pengacara ini semacam sinis dan satira... semacam dia tidak menghormati tetamu yang dijemput...

komen ini berat seblah.. tapi pengacara perlu lebih profesional dan barangkali perlu lihat dulu trend blog ...

Agama itu tidak hanya diperjuang oleh ustaz dan mufti... ulama itu maksudnya sesiapa sahaja yang berilmu... paling kurang ada sedikit ilmu agama yang diyakini dalam hati...itulah yang wajib disampai pada yang lain...

Pemuda Pelapis said...

Terima kasih saudara Peninjau,

Komen anda dihargai. Saya sendiri telah membuat sedikit ulasan di dalam memberi pandangan pada kali pertama rancangan Blog disiarkan oleh RTM. Saya nampak ianya bagaikan melepas batuk ditangga. Kata orang semacam hanya mengadakan sahaja atas permintaan Menteri yang baru dan tidak lebih pun daripada itu. Saudara boleh mengunjungi Blog Pemuda Pelapis bagi membaca sedikit komen ringkas daripada saya terdahulu. Rujuk pada Arkib di ruangan kanan untuk ke tajuk berkenaan.

Wassalam!